Dimulakan dengan Assalamualaikum...
Sebelum membaca artikel ini, saya harap anda semua berfikiran terbuka dan positif...Saya
Faizi Sifredi yang selalu drag haram depan UNITEN tahun 2001-2005...ingin mengajak, mempelawa geng-geng Killerbees untuk bersama-sama menyokong acara sukan permotoran yang HALAL/LEGAL seluruh Malaysia
DENGAN mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Sebagai contoh..Sepang Drag Battle Round 2 (27-28 Jun 2009) yang dihadiri oleh
5 wakil Mazda/Ford enjin piston dan
4 wakil Mazda enjin rotary.. YA..hanya
5 sahaja wakil Mazda enjin piston,
hanya 5 (lima) daripada
160++ kereta jenama Honda, Mitsu, Nissan, dll.
Wakil Mazda/Ford iaitu:
1. En Amir Gobek USJ (Interply B8)
2. En Izzat 3rd gear (GLC enjin Nissan FJ-20<--
body je Mazda..takpe..janji ada Mazda)
3. Ford KH Biru (maskulin B8 kot, kalo silap betulkan ya!).
4. Ford Ecsort Biru (Pakcik yang masuk MHI baru-baru ni)
<--pakai cam Kent ni..mahal ni..(aku agak je!)5. Mazda Familia BH B6-DE (kereta aku yang super standard!)
<--confirm standard batu!Agak kecewa juga la sebab aku sorang-sorang je Mazda kat kategori
"F" tu..
Untuk pengetahuan kawan-kawan, kategori
F tu
NA/vtec.
Camana nak lawan VTEC? <KF-ZE atau KL-ZE atau KJ-ZEM pun belum tentu boleh menang! KALAU ADA sila keluar dari sarang anda, lawan itu vtec, kalah tipis pun takpe..janji BERENTAP)
So..aku dapat second last dengan masa 19.879 (masa qualifying), 20.072 (masa drag)(clutch standard Daikin 1 kaki, apa bole buat!)..
Lawan plak dengan CRX Dog Box
Last place qualifying keta
Ford Escort sebab enjin / gear box dia problem..20.1++sec..
Oleh itu, aku yang bawa keta standard ni pun boleh masuk Drag Battle dengan perasaan
'dah tahu kalah', kira berani la kan?? Mana kawan-kawan yang lain? kalo dah masuk sebelum ni kira BAGUS lah..you got guts...yang belum masuk?
Yang dah convert enjin tu? Yang "CAKAP" enjin dia 200hp, 300hp,400hp...MANA KORANG MENYOROK? Cuba, kalah takpe..biar kalah dengan bermaruah..
Untuk pengetahuan korang aku takde Lesen Advance Driving dari AAM sebab aku nak amik bulan January tahun depan..(apa sebab..sila rujuk AAM). So aku ni driver yang hampeh untuk drag sebab takda LESEN AAM..terpaksa kasi
Cikgu/Partner/Orang Lama jokey kereta aku..
(TQ Yoep Joe)Saya secara terbuka memohon maaf sekiranya artikel saya ini mengguris hati atau membuang masa mana-mana pihak yang membacanya. Saya percaya kepada warga killerbees yang cintakan keretanya dan sukan ini akan mengambil jalan positif dan waras..Harap-harap pada Sepang Drag Battle Round 3 pada 18-19 Julai 2009 akan diambil bahagian oleh
ramai warga Killerbees..
Insyallah..
Ni ada hadiah sikit http://www.youtube.com/watch?v=FpY92DfzHvM